Saturday, November 14, 2015

latar belakang Za'ba

ZA’BA merupakan seorang tokoh cendekiawan dan patriot Melayu yang ulung dan yang amat

prihatin terhadap masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang terutama bahasa, pendidikan,

agama dan ekonomi.

Dilahirkan pada 16 September 1895 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak

Melayu pertama di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge pada tahun

1915 dan memperolehi keputusan yang cemerlang, malah beliau menjadi pelajar yang mendapat

markah tertinggi dalam Ilmu Hisab, karangan Bahasa Inggeris dan Geografi Fizikal.

Beliau mula bergiat dalam bidang penulisan semasa bertugas sebagai guru pada tahun 1916 dan

mengajar bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di Johor dan Perak. Beliau telah

menghasilkan beberapa majalah berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu, Lambaga Melayu dan

Pengasuh yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang Melayu. Selain itu, beliau turut

menghasilakn dua buah karya klasiknya tentang seni karangan dan tatabahasa Melayu, iaitu Ilmu

Mengarang Melayu (1927) dan Pelita Bahasa(1934).  ZA’BA merupakana seorang pemikir,

pejuang dan penulis yang prolifik. Beliau menghasilkan karyanya dengan menggunkan bahasa

Melayu dan Inggeris. Beliau juga turut berjaya menghasilkan ratusan makalah dan tidak kurang

daripada 20 judul buku, termasuk Canai Bacaan(1924) dan Umbi Kemajuan (1932).

Selain bergiat dalam bidang penulisan, beliau juga pernah menjadi penterjemah berita dan

juruhebah untuk pemerintahan Inggeris di Radio Malaya Singapura dan penterjemah bahasa

Melayu di Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau juga turut memikul tugas sebagai guru bahasa

Melayu di School of Oriental and African Studies, University of London pada tahun 1949/50.

Beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut ketika berusia 52

tahun dan kemudian beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat di UM Singapura.

Memandangkan sumbangannya yang luar biasa terhadap bahasa dan persuratan, pada tahun 196,

beliau telah dianugerahkan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga suatu gelaran

unik iaitu Pendeta Bahasa yang bermaksud ilmuan bahasa yang ulung. Pada tahun 1973, beliau

mendapat anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat oleh UKM. Bersesuaian dengan

kedudukannya sebagai pemikir bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu, beliau merupakan

pengasas Jabatan Pengajian Melayu di UM Singapura. Dari jabatan inilah kemudian tertegaknya

Jabatan Pengajian Melayu, UM Kuala Lumpur yang kini berkembang menjadi Akademi

Penyajian Melayu.

ZA’BA yang merupakan seorang tokoh terbilang dalam bidang persuratan telah meninggal pada

23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...