Sunday, January 17, 2016

CONTOH RPH BM KSSR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 CEKAP  
Mata Pelajaran         : Bahasa Melayu
Tahun                                    : 1 Cekap
Tarikh                         : 16 April 2012
Hari                             : Khamis
Masa                          : 0830 – 0930 (1 Jam)
Bilangan Murid        : 18 Orang
Tema                          : Kebersihan
Tajuk                          : Menjaga Diri

Fokus utama







Fokus sampingan
Standard
Kandungan
1.2
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul
Standard pembelajaran
1.2.4
Mendengar, memahami, menyebut dan
mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
Standard kandungan
2.2
Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
Standard pembelajaran
2.2.1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.              Mendengar dan mengecam sekurang-kurangnya 10 daripada 15 perkataan yang berkaitan dengan  anggota badan dan bukan anggota badan.
ii.            Menyebut dan mengeja 3 dari 5 perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan 3 dari 5 perkataan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
iii.           Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.
PENGISIAN
KURIKULUM
i.               Ilmu: Sains (anggota badan),Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral
     ii.         Nilai: Menjaga kebersihan anggota badan
ii.             KBT: Kemahiran Berfikir – mengumpul dan mengelas
Sistem bahasa
Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata
media
Gambar anggota badan, kad perkataan,lembaran kerja, ICT, Video











MASA

AKTIVITI

PENGISIAN KURIKULUM


CATATAN
Set Induksi
5 minit

(8.30-8.35)
Pagi

a)    Guru menayangkan video tentang anggota badan.
b)    Guru bertanya soalan tentang  anggota badan yang terdapat dalam video



Media: Video
KBT: kecerdasan pelbagai


Aktiviti 1
(video)


Langkah 1
10 minit

(8.35-.845)
Pagi

1.    Guru menunjukkan gambar anggota badan kepada murid.

2.    Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti.

3.    Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas.










Media: Gambar
Nilai: bekerjasama
KBT: kontekstual















Aktiviti 3
(Gambar anggota badan)

Aktiviti 4





Langkah 2
10 minit

(8.45-8.55)
Pagi

1.    Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan .
2.    Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.
3.    Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.



KBT (KB):

Mengumpul dan mengelas

Nilai:
Jaga kebersihan diri

Ilmu:
Pendidikan jasmani dan kesihatan dan sains (anggota badan)

Perkataan:

Contoh:
Hidung
Mata
Mulut
Tangan
Rambut

Media:

Gambar anggota badan
Langkah 3
15 minit

(8.55-9.10)
Pagi

1.    Murid menceritakan cara-cara  menjaga kebersihan diri dan menceritakan peralatan yang selalu digunakan.
2.    Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup
3.    Padankan dengan gambar yang diberi. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul.


Media: Gambar
Nilai: Kebersihan
KBT: kecerdasan pelbagai













Gambar peralatan membersihkan diri


Lampiran 1
(Kad perkataan)



Lembaran Kerja 1

Langkah 4

15 minit

(9.10-9.25)
pagi

1.    Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan.

2.    Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada kertas yang diberi.

3.    Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru.

4.    Murid mengeja dan menyebut
Perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-gilir.

5.    Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang dihitamkan. Murid menulis semula maksud perkataan yang dihitam pada pada kertas yang diberi.



KBT (KB):
- Klasifikasi

Sistem Bahasa:
- Kata nama Am

KBT(TKP):
- hubung kait

Nilai:
- Kebersihan


Kemahiran ICT
Sistem Bahasa:
- sinonim

Lampiran 1
(Kad perkataan)







Lembaran Kerja 2






Lampiran 2

(Petikan)









Lembaran kerja 3
Penutup


5 minit

(9.25-9.30)
Pagi

1.    Murid membaca dan memahami petikan dalam video beramai-ramai dengan bimbingan guru.
2.    Murid mengeja dan menyebut perkataan yang tertera dalam video
3.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang maksud perkataan yang tertera.

4.    Murid menyebut perkataan dan menunjukkan maksud pada anggota badan mereka sendiri

















Kemahiran ICT
Sistem Bahasa:
membaca dan memahami
Video 2















Pentaksiran

1.    Murid menyebut perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.
2.    Murid menulis perkataan yang
disebut dengan ejaan yang betul.

Lembaran Kerja 4
Pemulihan

1.    Murid melengkapkan ruang kosong dengan memasukan huruf vokal
2.    Murid mengeja perkataan pada gambar dan sebut dengan sebutan yang betul








Lembaran Kerja 5
Pengayaan

1.    Murid mengeja dan menyebut
Perkataan yang ditunjukkan.
2.    Murid memadankan perkataan untuk membentuk frasa yang bermakna.
3.    Murid menyebut frasa yang telah
dibina.

Lembaran Kerja 5



Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...