PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN
A.
Definisi Perkhemahan
Berkhemah
adalah penghidupan di luar sama ada di
hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda
menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan
dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda.
Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat
dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
B.
Tujuan Perkhemahan
1.
Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.
2.
Meningkatkan abiliti dan kendiri.
3.
Menghayati erti batasan kehidupan.
4.
Memupuk semangat keberanian dan
kreativiti.
5.
Meningkatkan semangat kekitaan,
bepersatuan dan disiplin.
6.
Meningkatkan tahap kesihatan fizikal
dan mental.
C.
Peringkat Prosedur Tetap.
1 Peringkat Prosedur Tetap terbahagi kepada
tiga kategori:
1.1
Sebelum.
1.2
Semasa.
1.3
Selepas.
1.1 Prosedur Tetap Sebelum
Perkhemahan
1.1.1
Peraturan Pelaksanaan Perkhemahan
1.1.1.1 Kebenaran
mengadakan perkhemahan mestilah diperoleh dari Guru Besar / Pengetua / Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan
(JPNSDE) (u.p Unit Perhubungan dan Pendaftaran) dengan mengemukakan
permohonan bertulis. Setiap permohonan perlulah disertakan dengan
dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
i)
Sesalinan kertas cadangan pelaksanaan
perkhemahan ( Rujuk Lampiran)
ii)
Sesalinan nama peserta dan guru
pengiring
iii)
Sesalinan surat / penyataan sokongan daripada Unit
Kokurikulum,JPNSDE.
iv)
Sesalinan senarai jurulatih yang akan
memimpin dan menyelia perkhemahan.
v)
Senarai tugas jawatankuasa
pelaksanaan.
vi) Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa
Induk serta pelaksanaan.
(
Rujuk SP Bil 24 / 1998)
1.1.1.2 Pihak
penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-kurangnya
seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran untuk memimpin
serta menyelia program perkhemahan yang akan dijalankan. Suatu perjanjian
persefahaman perlu dibuat antara
pihak penganjur dengan
jurulatih yang dilantik itu ( Rujuk para 3E, SP 24 / 1998 ).
1.1.1.3
Pemberitahuan mengenai perkhemahan
yang akan dijalankan mestilah
dikemukakan kepada :
i)
Balai Polis yang paling hampir dengan
lokasi perkhemahan.
ii) Balai Bomba dan Penyelamat yang paling
hampir dengan lokasi perkhemahan.
iii)
Pejabat / Pusat Kesihatan yang paling
hampir dengan lokasi perkhemahan
iv) Pejabat
Pentadbiran /Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan
1.1.1.4 Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan kesanggupan sendiri
dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga
masing-masing.
( Rujuk para 3F, SP Bil 24 /1998)
1.1.1.5 Setiap
peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia dan
telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani
latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
1.1.1.6 Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah
keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah
diberikan kepada semua peserta.
1.1.1.7
Kebenaran bertulis menggunakan tapak
lokasi perkhemahan mestilah diperoleh terlebih dahulu daripada pihak yang
berkuasa.
1.1.1.8
Lokasi Perkhemahan mestilah sesuai
dan terjamin keselamatannya dari segi:
i)
gangguan binatang buas dan haiwan
berbisa.
ii)
hakisan atau tanah runtuh.
iii)
banjir.
iv)
ribut atau gelombang besar.
v)
wabak penyakit.
vi) kemalangan
di luar jangkaan seperti pokok tumbang,dahan jatuh dan sebagainya.
(
Rujuk para 2.4 SPI Bil 12 / 2000 dan SPI
Bil 9 / 2000 )
1.1.1.9
Jurubantumula mestilah dilantik dan
berada bersama peserta pada sepanjang masa perkhemahan.
( Rujuk para 3E, SP Bil 24 / 1998)
1.1.1.10 Penyertaan murid mestilah disertai oleh
guru-guru pengiring yang
dilantik secara
bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa secara
bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan kebajikan
murid sepanjang tempoh perkhemahan.
1.1.1.11 Semua keperluan logistik (peralatan
perkhemahan) hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.
1.1.1.12 Jika
perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan
pengangkutan, kebenaran dan
peraturan pelancongan 1957 hendaklah
dirujuk.
1.1.2 Organisasi Perkhemahan
1.1.2.1
Organisasi adalah jentera yang
menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Justeru,
organisasi tersebut dirancang
berdasarkan perkara-perkara di bawah:
i)
Penganjur.
Nama pihak yang
menganjurkan perkhemahan tersebut perlu dicatatkan sama ada penganjuran utama
atau penganjuran bersama.
ii) Peserta.
Menentukan
kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.
iii) Saiz kumpulan.
Menentukan jumlah
bilangan minima atau maksima ahli bagi setiap kumpulan.
iv) Syarat.
Menetapkan
syarat-syarat tertentu kepada peserta perkhemahan seperti jantina, had umur,
keadaan tubuh badan,kelulusan akademik, kemahiran tertentu dan lain-lain.
v) Kepimpinan.
Menentukan
organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan semasa perkhemahan
vi)
Jawatankuasa.
Ahli jawatankuasa
induk perlu ditentukan terlebih dahulu bagi melaksanakan perkhemahan.
1.2
PROSEDUR
TETAP SEMASA PERKHEMAHAN
1.2.1
Semasa perkhemahan perkara atau
tindakan yang perlu diambil ialah:
1.2.1.1 Memastikan
kesihatan dan kebajikan para peserta sepanjang perkhemahan terkawal dan terjamin, khususnya berkaitan perkara-perkara berikut:
i)
Jangkitan penyakit seperti malaria,
campak, selsema dan lain-lain.
ii)
Keracunan makanan.
iii)
Kemudahan-kemudahan asas.
iv)
Sistem komunikasi.
1.2.1.2 Memastikan Prosedur Keselamatan dilaksanakan
dan dipatuhi.
( Rujuk SPI. Bil. 12 / 2000 JPNSDE)
1.2.1.3 Memastikan
Jadual Perkhemahan dilaksanakan mengikut
perancangan. Namun perancangan boleh diubahsuai
jika
berlaku perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan
seperti
faktor-faktor alam, manusia dan lain-lain.
1.2.1.4 Mesyuarat penyelarasan harus dibuat pada
akhir aktiviti setiap
hari bagi menilai
dan membincangkan masalah-masalah yang
timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan.
1.2.1.5 Memastikan pemantauan terhadap aktiviti
dilakukan sepanjang
masa.
1.3
PROSEDUR TETAP SELEPAS PERKHEMAHAN
Perkara-perkara
yang perlu dilakukan selepas perkhemahan:
1.3.1 Memastikan keperluan logistik atau
peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan bersih dan baik.
1.3.2 Memastikan
kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih
seperti sebelumnya.
1.3.3
Memohon kebenaran daripada
pemilik atau penduduk setempat untuk
meninggalkan kawasan perkhemahan.
1.3.4 Mengadakan
post-mortem bagi menilai semula aktiviti yang dijalankan dan mengenalpasti
kelemahan-kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya.
1.3.5
Membentang dan membuat laporan:
i)
Kewangan.
ii)
Aktiviti.
1.3.6
Mengedar surat penghargaan kepada pihak terlibat dan
sijil pencapaian serta penyertaan kepada
peserta perkhemahan.
1.3.7
Mendokumentasikan program tersebut
sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan.
Lampiran A
CONTOH
KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN PERKHEMAHAN
1.
Latar
belakang / Rasional.
2.
Matlamat.
3.
Objektif.
4.
Cadangan
tarikh dan tempat.
5.
Cadangan
sasaran penyertaan.
6.
Cadangan
ahli jawatankuasa induk.
7.
Cadangan
ahli jawatankuasa pelaksana.
8.
Cadangan
aktiviti dan jadual perkhemahan.
9.
Cadangan
peraturan-peraturan perkhemahan.
10.
Anggaran
perbelanjaan.
( Rujuk Surat Pekeliling Bil 3 / 1997 – Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor )
11.
Harapan
dan penutup.
Lampiran
B
Contoh Persiapan Peraturan-Peraturan
Keselamatan
PERATURAN
– PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN
1.
Semasa perkhemahan, tuan /
puan hendaklah menjalinkan silaturahim, kenal- mengenali dan hormat-
menghormati antara satu sama lain.
2
Peserta
diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan
oleh kem komandan.
3
Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri
dan menepati masa dalam setiap program
yang diatur.
4 Menjaga
segala peralatan yang disediakan . Dilarang merosakkan atau memindahkan
peralatan ke tempat lain.
5 Semua
pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan.
6 Dilarang membuang sampah di merata-rata
tempat.
7 Dilarang
menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan.
8 Tidak
dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
9 Lelaki
tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan demikian juga
sebaliknya tanpa kebenaran.
10 Hendaklah
sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau kain pelikat
sama ada ke dewan makan atau keluar daripada kawasan perkhemahan.
11 Segala bentuk perjudian dan minuman
keras diharamkan sama sekali .
12 Setiap
peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam
12.45 pagi.
13 Tidak
dibenarkan memancing, berburu dan menangkap binatang tanpa kebenaran semasa
perkhemahan.
14 Peserta
yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.
15 Tidak dibenarkan membeli makanan dan
minuman dari luar semasa perkhemahan.
16 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan
perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.
17 Penjagaan diri / peralatan / harta
persendirian perlu diberi keutamaan.
18 Aktiviti penggunaan air dan api perlu
dijalankan di bawah penyeliaan / pengawasan dan
mendapat
kebenaran dari pihak berkenaan.
19
Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
20 Tidak dibenarkan berinteraksi dengan
orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.
21 Peraturan – peraturan lain
mengenai keselamatan akan dimaklumkan
dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
·
Peraturan-peraturan
adalah contoh yang mana boleh dipinda / diperkembangkan / diubahsuai mengikut
kesesuaian tempat / peserta / keadaan
sekeliling dan lain-lain yang difikirkan perlu.
Lampiran C
CONTOH SURAT KELULUSAN
MENGADAKAN PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Jalan Kapar
41400 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Setiausaha, Rujukan Kami :
Jawatankuasa Pelaksana, Rujukan Tuan :
Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian
Seragam Tarikh :
Peringkat Sekolah 2001
Sekolah Kebangsaan Sementa
41400 Klang,
Selangor.
Tuan,
PERKHEMAHAN
TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM 2001
Sukacitanya
perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk
2.
Sehubungan itu dimaklumkan bahawa
pihak sekolah sedia maklum dan tiada halangan untuk tuan mengadakan perkhemahan
tahunan tersebut selagi perkara-perkara
tersebut di bawah dipatuhi :
2.1
Tiada unsur-unsur paksaan.
2.2
Mendapat kebenaran bertulis daripada
ibu bapa / penjaga murid.
2.3
Memastikan langkah-langkah
keselamatan dan kebajikan pelajar.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
…………………………………
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Merangkap
Penolong Pendaftar
Sekolah-Sekolah Negeri Selangor
Lampiran
D
CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
Nama dan Alamat Ibu Bapa / Penjaga
--------------------------------------------------
-------------------------------------------------- Tarikh
------------------
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa ,
Jalan Kapar,
41400 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan / Puan,
KEBENARAN UNTUK MENYERTAI
AKTIVITI PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM SEKOLAH 2000
Saya …………………………………………………………….. No K/P………………………
Ibu / Bapa /
Penjaga kepada ……………………………………………………………………
Tingkatan
…………………………. memberi kebenaran kepada anak / anak jagaan saya mengambil bahagian
dalam perkhemahan tersebut di atas.
2.
Sesungguhnya saya mengetahui dan
faham bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Sementa akan mengambil langkah-langkah
keselamatan namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil tindakan undang-undang
atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa
kehilangan harta,kemalangan,kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain
terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik
atau sepanjang perkhemahan tersebut.
3.
Saya juga memberi kebenaran kepada
pihak sekolah / pengelola wakilnya memberi rawatan kecemasan atau pertolongan
perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika di dapati perlu.
Pengakuan dibuat oleh: Saksi:
…………………………………………… ………………………………………..
Tandatangan
Tandatangan
Nama: Nama:
No. K/Pengenalan: No. K/Pengenalan:
Tarikh: Tarikh:
Lampiran E
CONTOH
SURAT MEMOHON
KHIDMAT HAKIM PERTANDINGAN
Sekolah
Menengah Kebangsaan La Salle ,
41200 Klang,
Selangor
Darul Ehsan.
_____________________________________________________________________
Ketua Polis
Daerah, Rujukan
Kami :
Ibu Pejabat
Polis Daerah Klang, Rujukan
Tuan :
Polis Diraja
Malaysia ,
Tarikh
:
Klang.
Tuan,
PERMOHONAN KHIDMAT HAKIM PERTANDINGAN
KAWAT KAKI
SEMPENA
PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000
Sukacitanya
perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sehubungan
itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan pertandingan kawat kaki sebagai satu aktiviti dalam Perkhemahan
Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2000 .
3.
Oleh
yang demikian bagi menjayakan Pertandingan Kawat Kaki tersebut dipohon jasa
baik tuan untuk menghantar 2 orang anggota tuan untuk
bertugas sebagai hakim dalam pertandingan tersebut yang akan diadakan pada
ketetapan berikut:
3.1 Tarikh : 22
Julai 2000
3.2 Masa : Mulai
2.30 petang
3.3 Tempat : SMK
La Salle ,Klang.
4.
Anggota-anggota
yang dicadangkan ialah seperti berikut:-
4.1 L/Kpl
1047873 Abu Bakar bin Abu Talib
4.2 Kpl 572137
Abd Khalib bin Abd Hamid
Kerjasama
serta sokongan tuan amat dihargai dan didahului dengan terima kasih
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya yang
menurut perintah,
(
)
Pengetua,
Sekolah
Menengah Kebangsaan La Salle ,
41200 Klang,
Selangor
Darul Ehsan.
s.k Pegawai Pendidikan Daerah Klang
Lampiran F
Contoh surat permohonan meminjam peralatan
/keperluan / khidmat bantuan daripada pihak-pihak tertentu
Kepada, Rujukan
Kami
Rujukan
Tuan
RUJUK LAMPIRAN Tarikh
Tuan / Puan,
PERMOHONAN MEMINJAM PERALATAN /
KEPERLUAN / KHIDMAT BANTUAN SEMPENA PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
PERINGKAT SEKOLAH 2000
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami
akan mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah
2000 .
2.
Butir-butir mengenai perkhemahan
tersebut adalah seperti berikut:-
2.1 Tarikh : 21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000
2.2 Masa : Sepenuh
masa
2.3 Tempat : Kawasan
Padang SK Sementa
2.4 Penyertaan : 200
pelajar termasuk guru / jurulatih
3.
Oleh yang demikian bagi melicin dan
menjayakan perkhemahan tersebut besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat
meluluskan permohonan pinjaman peralatan/ khidmat bantuan / keperluan seperti
mana yang dilampirkan bersama ini.
Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
“KLANG
CEMERLANG KLANG BOLEH”
Saya yang menurut perintah
( )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle ,
Persiaran Raja Muda Musa,
41200
Klang,
Selangor Darul Ehsan.
s.k Pegawai Pendidikan Daerah Klang.
Lampiran
1. Jurutera,
Syarikat Bekalan
Air Selangor,
Jalan Pegawai,
41250 Klang.
2.
Pengurus
Pusat Aktiviti
Kokurikulum Sg Tekali,
D/a Unit
Kokurikulum,
Jabatan Pendidikan
Negeri Selangor,
Jalan Jambu Bol
4/3E,
Seksyen 4,
40604 Shah Alam.
3.
Jurutera,
Pejabat Dearah
Klang,
Jalan Perbandaran,
41250 Klang.
4
Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran
Klang,
Jalan Perbandaran,
41250 Klang.
4.
Jabatan-jabatan lain yang difikirkan
perlu dan berkaitan
Lampiran G
Contoh surat lampiran permohonan
meminjam peralatan/ keperluan / khidmat bantuan.
Tuan Pengurus,
Pusat Aktiviti Kokurikulum Pendidikan Negeri
Selangor Darul Ehsan,
Kem Sg Tekali,
Kampung Kantan,
Sungai Tekali,
41300 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN
UNTUK PERKHEMAHAN TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000
BIL
|
PERKARA
|
BILANGAN
/ JUMLAH
|
CATATAN
|
1.
2.
3
|
Khemah peserta
Lampu Kalimantang
Generator
Alat-alat lain yang berkaitan
|
50 unit
10 unit
2
unit
|
Tarikh Penghantaran 18 Julai 2000
Tarikh Pemulangan 25 Julai 2000
Lampiran
:
1.
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan
Daerah Klang,
Jalan Meru,
41050
Klang
2.
Ketua Polis Daerah,
Ibupejabat Polis
Daerah Klang,
Polis Diraja Malaysia ,
41560 Klang.
3
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan
Penyelamat,
Balai Bomba Dan
Penyelamat Klang Utara,
Jalan Kapar,
41400 Klang
3.
Jabatan-jabatan lain yang dianggap
perlu dan berkaitan
Lampiran H
Rujukan Kami :
Rujukan
Tuan :
Kepada,
Rujuk
Lampiran
Tuan / Puan,
PEMBERITAHUAN TENTANG PERKHEMAHAN
TAHUNAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa
perkara di atas adalah dirujuk
2. Sehubungan
itu dimaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan Perkhemahan Tahunan seperti
mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai perkhemahan tersebut adalah
seperti berikut:-
2.1 Tajuk : Perkhemahan Tahunan Pasukan Pakaian
Seragam
Peringkat Sekolah 2000.
2.2 Tarikh : 21
Julai 2000 Hingga 23 Julai 2000.
2.3 Masa : Sepenuh masa.
2.4 Tempat : Kawasan
padang sekolah
Sekolah Kebangsaan
Sementa.
2.5 Sasaran : Pelajar
Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Sementa.
2.6 Penyertaan : 200
pelajar dan guru.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“KLANG CEMERLANG KLANG BOLEH”
Saya yang menurut perintah,
( Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Klang.
Lampiran I
Contoh surat pelantikan dalaman
_________________________________
_________________________________
_________________________________
Tuan / Puan,
Surat Pelantikan
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk
dan berkaitan.
2.
Sehubungan itu tuan / puan dengan ini
dilantik sebagai
____________________________________________________
dalam Perkhemahan
Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2000 yang akan diadakan pada
ketetapan berikut: -
Tarikh :
21 Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.
Masa :
Sepenuh masa.
Tempat :
Kawasan Padang Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sementa.
3.
Bersama ini dilampirkan panduan tugas
untuk makluman serta tindakan tuan
Kerjasama serta sokongan tuan amat dihargai
dan didahului dengan ribuan terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
“KLANG
CEMERLANG KLANG BOLEH”
Saya yang menurut perintah,
(Ahmad Kasdu bin Mohd Ali)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa.
Lampiran
J
Contoh surat memohon kebenaran
mengadakan perkhemahan daripada Guru Besar
Setiausaha, Rujukan
Kami :
Jawatankuasa Pelaksana, Rujukan
Tuan :
Perkhemahan Pasukan Pakaian Seragam, Tarikh :
Sekolah Kebangsaan Sementa.
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Jalan Kapar,
41400 Klang.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN
PERKHEMAHAN PASUKAN PAKAIAN SERAGAM PERINGKAT SEKOLAH 2000.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan
untuk kami mengadakan perkhemahan
tersebut
pada ketetapan berikut :
2.1
Tarikh : 21
Julai 2000 hingga 23 Julai 2000.
2.2 Hari : Jumaat
hingga Ahad.
2.3 Masa : Sepenuh
masa.
2.4 Tempat
: Kawasan padang Sekolah Kebangsaan
Sementa.
3.
Bersama-sama ini dilampirkan kertas
cadangan perkhemahan untuk makluman
dan tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
(Abdul Ghaffar bin Abdul Karim)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Sementa,
Merangkap
Setiausaha,
Jawatankuasa Pelaksana Perkhemahan Pasukan
Pakaian Seragam.