Wednesday, August 10, 2016

Gunung Tebu with Textra & Jenoba

Sudah lama rasanya tidak menulis dan sudah lama juga tidak melenguhkan kaki dan berkelana di muka bumi ini demi melihat kebesaran alam semulajadi yang terbentang hasil ciptaanNya.
Alhamdulillah trip ke Gunung Tebu telah berjaya terlaksana dengan semua peserta berjaya naik dan turun semuanya tanpa berlakunya apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Pada Mulanya rakanku mengajak untuk pergi ke sini tetapi pada last minit tidak menjadi. Apabila keingininan yang tinggi untuk pergi maka rezeki mendatang bagai pucuk dicita ulam mendatang. Alhamdulillah scroll2 di fb ad satu trip yang kekurangan ahli pada saat-saat akhir justeru, tanpa berfikir panjang aku terus contact owner trip untuk comfirm pergi pada hujung minggu tersebut. Trip ini seperti bulan jatuh ke riba sebabnya apa yang dihajati tercapai atas kuasa Ilahi yang merancangnya. Tambahan pula, hujung minggu itu pun aku tiada trip mana-mana pun.


Perjalananku dari Penang ke Jertih
Info : Butterworth - Kuala Terengganu RM46.50
bas ni akan lalu Jertih so boleh berhenti di Jertih tambang sama je walau nak turun di tempat lain
dari Butterworth jam 10.00 malam sampai Jertih Jam 3.00 pagi
macam berlumba bas di jalan Grik tu..salute pada drebar bas

Tiket balik pula harga sama juga, bas ni dari KT so sampai Jertih dalam pukul 10.45 lebih kurang, Dalam tiket tu akan tulis pukul 9.00 malam sebab bertolak dari KT. Bas akan berhenti di satu kedai makan macam RnR ktekan sebelum bergerak ke Butterworth. nama tempat berhenti aku tak pasti apa dia. berhenti makan lebih kurang 45 minit gak la. Bas aku naik ni akan ke Sungai Petani dulu baru ke Butterworth. Korng boleh pilih sama ada nak bas singgah kulim dulu baru ke butterworth atau yang aku cakap diatas tadi.


5 Jun 2016 via Lata belatan
Pendakian bermula jam 9.25 pagi ..
Lepas warming up semua bagaikan bernafsu untuk sampai ke Puncak..rentak Kaki laju je. Sampai guide pun rase tertekan...haha...untuk ke starting point korng akan lalu jambatan gantung macam orang nak berkelah di lata belatan then akan menyusuri sungai tersebut. nanti sampai 1 part korang perlu menyeberang sungai, jangan risau batu banyak atas sungai tu, percent utk basah tu tak la. Sebelum sampai ke checkpoint Sg. Chakah Dua kitorang perlu melalui 3 titi yang diperbuat daripada batang pokok untuk menyeberang parit kecil.
Kusangkakan panas sampai ke petang..Hujan di tengah hari rupanya haahaaa..
Rupanya sebelum sampai kem SG cakah ( last water point) ..hampir separuh dah yang mintak nyawa...haha.. Tula org dh pesan xnak dengor...lg 6000mtr nk sampai ke puncak tu...berhuhu LA korang. Sampai chech pint sg. chakah 2 dalam pukul 10.00 pagi gitu.
Dinasihatkan Mane-mane yg xde air,  Baik ambik air. Ni last water point ..jumpe xjumpe lg 5km ..
Trek selepas sg. chakah dua agak mencanak sedikit sebelum sampai ke Batu Mat Hassan.
Haha... Bile dah penat.. Mcm mcm bermain di Minda.. Penat plak nk memotivasikan geng geng ni... Namun alhamdulillah.. Geng ni bukan calang calang. Dalam xlarat.. Kami sampai di Batu mat hassan jam 12.40 pm..
( next story .kisah sejarah BT mat Hassan ). Jarak 2500 Meter lagi nk sampai puncak..
Tak rehat makan nasi ke Kat sini ?
Tak..jawab guide... Sebab bimbang korang muntah balik atas trek lepas ni..
Haha.. Ambik kau.. Trek lepas tu ke jendela pandang.. Bagai mimipi ngeri.. Xdela 90° tp canak gak r.. Normal dlm 45 minit gak nk nyampai kt atas nu.
JENDELA PANDANG tak jemu
Jgn laju sangat..nanti xperasan ade satu port cantik ..belah kanan.. Nampak view bawah gunung...tp xleh lame ..dari Jendela Pandang ke Punca Air ni lebih kurang 40 minit. untuk ke punca air kitorang perlu turun sejauh 120 meter ke bawah untuk mengambil air. Ini adalah last water point untuk sampai puncak. Kalau nk rehat baik rehat Kat PUNCA Air...PUNCA AIR 120 meter ke bawah
Hmm 120 meterla sangat...berpeluh sey nk naik balik...haha..tapi sape xturun memang rugi...view Kat sini memang cantik. Air pun sejuk.. Hilang sekejap penat.. Argh tapi bile naik balik Kat kem atas nu...seribu penyesalan plak bertandang...hahaha..
Summit attack....
Makin nk ssampai makin mencabar ..Nak nak bile ade pertanyaan..Bang..lepas ni ade bukit lagi ke ?
Jauh lagi ke nak sampai ?Hmmm ..jem gak mental sweeper..Namun semua pertanyaan tu terhenti bila
SUHU PERSEKITARAN BERUBAH
Tibe tibe sejuk je... ITU tanda dh nak sampai puncak.. Semangat naik mendadak ..langkah diatur makin pantas. Dengan harapan ..puncak berada di atas sana je... Namun semangat ITU tibe tibe hilang bila jumpe SlNGBOARD puncak 500 meter lagi..
Tapi serious jangan terpedaya.. Jarak sebenar kalau ikut GPS hanya 175 meter.. Kitaorg jalan sket..pastu tibe tibe dh dengor geng sampai awal panggil...hmm xlame pastu tu semua sampai puncak.. Xleh Caye Sgt signboard ni..buat lemah semangat je..hehe
Tepat jam 6.12 pm last man sampai..Group Paling awal sampai Jam 3.25 petang. Group pling awal terus ke campsite untuk setup ration n makanan untuk malam. untuk punca air kitorang perlu turun sedikit dalam 15 minit perjalanan ke bawah untuk pergi ke punca air. kawasan punca air yang boleh memuatkan 8-12 orang pada satu masa.
dari atas batu ni boleh nampak view satu daerah besut dan boleh nampak pulau perhentian, bukit keluang
Batu ni dinamakan batu madrasah 1 jalan ke campsite akan menjumpai batu ini
Tahniah pada semua.. Pengalaman bersama korang memang manis..semanis TEBU di Puncak Tebu


kawasan Summit G. Tebu

Di Puncak g. Tebu ada tebu kan disitu

acah2 titanic ke tu haha

Suasana di waktu pagi yang sedikit berkabus

Our line up 15 crew

ketika fajar menyinsing


Line up kali INI... Pok syeh PMT ( guide ) zul , pok li , nazif, irfan ,Kamal, Cik soh, sharil,aiman, Asyraf, muci , mek na , ecah, Najib ( sweeper) iwe ( last man)

Credit to : Jenoba outdoors n Textra
Group yang berpangkalan di Terengganu. Jenoba Outdoors mempunyai kedai di Jertih. Boleh like page diorang ni di FB



No comments:

Post a Comment

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...