Friday, June 19, 2015

Gunung Baling, Kedah (A gateaway from busy day)

Ahad
1 Feb 2015

Pada awal bulan Februari 2015 aq dan member-member telah pergi ke G. Baling hasil perancangan yang singkat oleh brader Hisyam dalam group "hacam", kebetulan pula dia ada aktiviti di Pulau Pinang so alang-alang dah sampai sini katanya "nak merasa bukit/gunung di area penang ni. lagi satu masa dan tarikhnya yg diajak tu aq free, apa lagi terus comfirm la nak follow sekali. (gelak dalam hati) Perancangan tak sampai seminggu tu akhirnya berjaya menyatukan kami di pekan Baling meet point kami jumpa sebelum gerak ke tempat kejadian. sebelum tu aq nak bagi info sikit mengenai Gunung Baling maklum la tak ramai yang tahu kt situ boleh hiking.

Gunung Baling termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Dengan bahasa lebih mudahnya ia ibarat sebuah batu besar yang memanjang dan ditumbuhi hutan sederhana di kaki gunung dan hutan renek yang ditumbuhi lalang dan buluh di puncak. Bukan sahaja batu kapur, anda mungkin boleh menemui batuan-batuan kristal. Gunung Baling memang kaya dengan kepelbagaian geologi. Ketinggiannya lebih kurang 420 meter. tak sampai seribu meter kan! takpe kite tengok dulu larat ke tak larat sampai ke puncak. hahahaha'   Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Klik Google Map untuk melihat peta.


 lorong kecil tar menuju ke kaki bukit, rumah tembok warna putih

sesi breefing dan bacaan doa sebelum hiking
                                     
Permulaan 
Kami park kereta di tepi jalan yang ada rumah dan kedai, oppsss, tak snap pulak jalan masuk ke tempat pendakian, yang penting jalan masuk ke situ ada lorong kecil yang bertar dan kanan kiri lorong rumah orang. kekuatan anggota hikers kali ni seramai 23 orang.

PANDUAN PENDAKI
Untuk ke lokasi mula pendakian ia berada di kwasan kampung. Dari pekan Baling hanya terus melalui JPAM Baling kmudian melalui Tokong Cina dan selepas itu ada kampung2 dalam 400 ke 500 meter. Jalan masuk ikut jalan tar. Parking kat tepi rumah2 org saja. Laluan mula betul2 kena lalu tepi rumah orang dan lalu kawasan semak dan terus jumpa denai hutan.

Sumber:kucingbacakitab.blogspot- terima kasih tuan punya Blog

Kami start mendaki pada jam 10.10 pagi. Pendakian mengambil masa 2-3 jam untuk sampai ke puncak bergantung kepada stamina masing-masing. Ketinggian 430 meter sahaja tapi kenapa sampai 2-3 jam? Nak tau kenapa, sebabnya Gunung Baling ni macam yang aq tulis diatas tadi terdiri daripada batuan kapur dan kristal tu yang menjadi kesukaran sedikit untuk mendaki. Trek berbatu lebih banyak daripada tanah. So kekuatan mental pun kena bersedia lah ye.  

Pada permulaan pendakian kami telah melalui kebun-kebun sebelum melalui denai kecil. Selepas melalui kebun tersebut, tak sempat nak bernafas dah dibelanja dengan trek mencanak sampai ke kawasan berbatu. Semput juga member den disebabkan baru baik demam nak ikut jugak, so layankan je la. Nanti dah berpeluh eloklah nanti. hihihihi (ayat perangsang tuk member aq tros mendaki. Banyak kali juga berhenti disebabkan member aq ni yang kurang sihat. Tetapi asalkan dia boleh larat lagi untuk bergerak dah ok lah tu.

Bro Hisyam yang organise ke G. Baling (member dalam group hacam)



  





Melalui bawah batu- dah macam meneran member aq sorang ni

Selepas berehat selama 15 minit kami teruskan pendakian dan laluan yang dilalui dibelanja lagi dengan trek yang mencanak naik,,fuuuhhh, nasib baik la tadi dah rehat sekejap. (ayat cover di situ). Tepat jam 12.30 tengah hari kami sampai puncak. Masa pendakian kami selama 2jam 30 minit, kira ok la tak lambat tak cepat sangat walaupun ad member yang kurang sihat. Sampai je puncak member aq ni terus cergas, macam sihat je, maklumla peluh dah keluah banyak katakan. Makin ligat dia bergambar diatas puncak G. Baling ni. Meh aq belanja sikit gambar di atas puncak.
Alhamdulillah sampai juga ke puncak-nampak tak batuan memanjang tu, tu adalah gunung juga boleh mendaki dari sini ke sana tapi tak tahulah berapa lama nak sampai

Pandangan dari atas puncak- nampak seluruh pekan Baling

Sesi ala-ala prewedding fotoshoot diatas puncak






Besi diatas puncak untuk membentuk perkataan "BALING" tetapi projek terbengkalai dan terbiar begitu sahaja.


Ahli-ahli Bainun outdoors sedang posing di Huruf "I". Huruf lain tak sempat dipasang
Kelihatan Pekan Baling dari atas puncak

Alhamdulillah semua berjaya naik ke puncak tanpa ada seorang pun yang berpatah balik
Misi berjaya menawan Puncak Gunung Baling!


Sampai disini sahaja entry kali ini mengenai pendakian Gunung Baling. Entry akan datang akan dicerita mengenai trip ke? Tunggu...


1 comment:

  1. Nak tanya berapa perbelanjaan utk camping ni sebab nak buat perkhemahan..

    ReplyDelete

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...