Saturday, June 20, 2015

Contoh RPH SEJARAH Tahun 4 KSSR



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH

Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah  Tahun  4 Maju
Tema/Tajuk
Zaman Air Batu
Masa
8.40 – 9.40 pagi

Fokus
 Standard Kandungan:   
2.1  Mengetahui dan memahami Zaman Air Batu


Standard Pembelajaran:
2.1.1    Menyatakan maksud  Zaman Air Batu
2.1.2    Menyatakan perubahan yang berlaku pada Zaman Air
            Batu
K2.1.4  Menyatakan keperluan menghargai alam sekitar

Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid  akan dapat;
i.      Menyatakan maksud zaman air batu.
ii.     menjelaskan perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman air batu
iii.    Menyenaraikan dua keperluan menghargai alam sekitar

Aktiviti
1.     Menonton tayangan video tentang salji yang turun pada musim sejuk semasa perayaan Hari Krismas (TMK)
2.     Bercerita tentang keadaan semasa cuaca sejuk dan cuaca panas berdasarkan video yang ditonton.
3.     Melihat gambar keadaan bentuk muka bumi di kawasan yang mengalami  musim sejuk melalui slaid powerpoint (KPS)
4.     Membentangkan jawapan berdasarkan kad arahan yang diberikan.

EMK
Nilai Murni                           – bersyukur, kasih sayang
KPS                                     - Elemen asas sejarah 
Dimensi Kewarganegaraan – berbangga dengan sejarah asal-         
                                               usul negara.
TMK                                    – belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar
Komputer, LCD,DVD,  slaid powerpoint, buku latihan, alat tulis, kad arahan
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
DSP
B1D2E1
Menyatakan maksud dan proses yang berlaku pada Zaman Air Batu
Refleksi
30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI
EMK
CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video klip ’Ice Age’

2. Guru bertanyakan soalan kepada murid berkaitan klip video yang ditayangkan:

a)    Siapa tahu  tajuk cerita ini?
Murid menjawab soalan guru secara lisan
b)    Apa maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu?
Murid  menjawab secara lisan
c)    Masa itu semua kawasan dilitupi/ dipenuhi apa?
            Murid menjawab soalan guru

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Nilai Murni
-bersyukur
- kasih sayang

EMK
-TKP
-TMK
KB
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM
-Komputer riba, LCD, DVD


Aktiviti 1 (15 minit)
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan . Kumpulan 1 diminta menyenaraikan keadaan semasa cuaca sejuk /terlalu sejuk. Kumpulan 2 menyenaraikan sebab-sebab cuaca menjadi sejuk/ terlalu sejuk.
2. Murid-murid berbincang dalam kumpulan masing-masing  menyenaraikan hasil dapatan mereka dalam kertas sebak/ mahjung
3. Guru meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
4. Murid membentangkan hasil dapatan masing-masing.
5.  Guru merumuskan pembentangan murid dan mengaitkannya dengan proses membuat air batu di rumah masing-masing.

6. Guru cuba mengaitkan isi pelajaran dengan meminta murid menjelaskan maksud zaman air batu.(membuat penceritaan)
7. Murid memberikan pelbagai jawapan.
8. Guru memberikan pengukuhan dan memberikan jawapan yang paling tepat tentang maksud zaman air batu.

EMK
keusahawanan
Nilai
menghargai alam
KB
menjana idea

Ciri cuaca sejuk
menggigil
salji
baju tebal

Ciri cuaca panas
berpeluh
matahari terik
haus/ dahaga

Zaman air batu adalah dunia diliputi salji dan berkeadaan sejuk

*DSP
Aktiviti 2 (20 minit)
1. Guru menunjukkan gambar slaid/ klip video kawasan-kawasan yang dilitupi air batu yang sedang mencair.

2. Murid diminta menjelaskan peristiwa/ kandungan klip video

3. Guru juga merumuskan jawapan murid dengan satu eksperimen ringkas iaitu kiub air batu yang terdedah.
  
4. Guru meminta murid menyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.

5.Murid meneyenaraikan sebab-sebab air batu mencair.
6. Guru menyoal murid kenapa cuaca menjadi panas.

Murid-murid memberi beberapa jawapan .

7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan menerangkan tentang keadaan dan pencairan zaman air batu dengan bantuan gambar-gambar berkaitan dan mengaitkan dengan perubahan zaman air batu.

Nilai
menghargai alam

EMK
ICT

KB
memberi sebab
suhu dibawah takat beku
manusia bergerak bebas
dunia seolah-olah satu daratan sahaja
litupan air batu yang jelas
Aktiviti 3 (15 minit)
1.  Guru menyediakan tiga stesen. Setiap stesen      
     disediakan gambar-gambar dan kad arahan
     Murid dibahagikan kepada 3 stesen berikut:
     Stesen 1 (zaman Air batu) -
     Stesen 2 (perubahan-perubahan zaman air
                    batu)
     Stesen 3 (alam sekitar)

2.  Murid akan bergerak kesetiap stesen yang
     ditetapkan. Murid akan menjawab soalan
     berdasarkan arahan yang terdapat dalam 
     kad arahan dalam kertas sebak yang  
     disediakan.

3.  Murid akan membentangkan jawapan
     mereka dan guru akan memberi
     maklumbalas.
   

EMK
ICT

KB
menjana idea
menjelas


BBM
gambar





*DSP
B1D2E1
Menyatakan maksud dan proses yang berlaku pada Zaman Air Batu

Penutup (5 minit)
1.  Guru menunjukkan semula gambar-gambar
     berkaitan zaman air batu.

2.  Murid diminta menyatakan kepentingan
     menjaga alam sekitar. 

3. Guru merumuskan isi-isi penting dalam 
    pelajaran hari ini.
Nilai
menjaga alam sekitar


Contoh : Kad/ gambar untuk stesen

Kad Arahan
            Stesen 1
Berdasarkan gambar-gambar dibawah, kumpulan anda diminta menjawab soalan-soalan berikut:           
(contoh gambar)
1.         Apa yang anda dapat perhatikan dari gambar di atas?

2.         Bagaimana keadaan waktu ini?

3.         Bolehkah air batu dalam gambar di atas cair?

4.         Mengapakah air batu boleh cair?
 

No comments:

Post a Comment

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...