Saturday, March 26, 2016

JURNAL REFLEKTIF PRAKTIKAL

CONTOH JURNAL REFLEKTIF 

Kelas                          : 1Dinamik
Isu berbangkit           : Masalah kekangan idea dalam melakukan aktiviti Masalah

Pada minggu pertama, saya menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti yang sesuai bagi murid-murid tahun 1 semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran menggantikan guru tidak hadir.

Analisis
Semasa menjalankan kelas ganti murid Tahun 1 Dinamik, saya telah mengenal pasti kelemahan saya untuk memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai  bagi murid-murid tahun 1. Hal ini kerana saya tidak mempunysi kemahiran yang tinggi untuk merendahkan aras aktivti bagi murid-murid tahap 1. Bukan itu sahaja, saya juga tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam mengendalikan murid-murid tahun 1 yang banyak bertanya dan suka akan aktiviti kinestetik. Jika hendak memulakan sebarang aktiviti yang selalu saya jalankan semasa menggantikan sebarang kelas, saya akan mengalami kekurangan idea dan tidak dapat menjalankan aktiviti tersebut kerana saya sendiri akan berasa cepat bosan dan akhirnya tidak dapat menfokuskan diri kepada murid-murid sehingga menyebabkan keadaan kelas tidak dapat dikawal.

Cadangan untuk memperbaik
Saya membuat pemerhatian ke atas kelas ganti yang dikendalika oleh senior-senior praktikum dengan mengenal pasti beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh mereka semasa mengendalikan murid-murid tahap 1. Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya telah mengenal pasti beberapa aktiviti yang boleh dilakukan dan sesuai dengan tahap murid-murid tahun 1 seperti :

i.           Aktiviti yang melibatkan pergerakan tubuh badan dan nyanyian. Aktiviti ini boleh diulang beberapa kali. Contohnya ‘Senam Tomi’.

ii.            Nyanyian yang pernah murid belajar semasa di tadika atau lagu terkini yang disukai murid. Seeloknya, gunakan lirik lagu yang mempunyai perkataan yang tidak mempunyai banyak suku kata.

iii.           Aktiviti yang melibatkan benda-benda yang berada disekeliling mereka dan dekat dengan kehidupan mereka. Contohnya seperti permainan ‘Teka Bunyi Haiwan’ atau ‘Teka Apa Saya?’.

iv.           Aktiviti bercerita dan jalan cerita yang digunakan ringkas dan mudah difahami. Penggunaan watak-watak haiwan digalakkan kerana murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada dalam mengenali haiwan.

Tempoh masa
Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini dalam masa 3 minggu dan akan membuat pemerhatian terhadap perkembangan dan perubahan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk melihat pencapaian dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh saya semasa menggantikan kelas tahap 1.

Analisis kejayaan
Saya akan meminta bantuan daripada rakan sepraktikum untuk sama-sama masuk ke kelas yang diganti bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh saya semasa menggantikan kelas tahap 1.

Tindakan susulan

Jika masih terdapat masalah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai semasa menggantikan kelas, saya perlu menyediakan bahan-bahan serta alat-alat yang boleh digunakan. Selain itu, saya juga akan memilih bahan dan alat mengikut mata pelajaran agar dapat digunakan dalam kelas ganti mengikut subjek tertentu.

No comments:

Post a Comment

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...