Saturday, April 2, 2016

CONTOH PENGHARGAAN

Penghargaan

Bersyukur kami  ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyiapkan kerja kursus  dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus ……….. kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik ………. yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam  proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

             Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus  menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu kami  menyiapkan kerja kursus ini.


             Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat khususnya.

No comments:

Post a Comment

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...