Setiap orang mempunyai caranya tersendiri, hobinya tersendiri, dan minatnya tersendiri. Saka hormatilah seseorang itu walaupun kita tidak minat dengan tingkah lakunya. Perbezaan manusia yang pelbagai ini menjadi rencah kehidupan yang mewarnai wayang dunia pada setiap hari. Sebenarnya nak cerita mengenai trip ke Gunung Pulai. Dimanakah Gunung Pulai? Tinggi ke G. Pulai? Bagaimana pula treknya? Pemandangannya cantik ke? Bolehke naik tanpa guide?
Soalan-soalan diatas merupakan contoh kepada ahli-ahli trip yang akan mengikuti sesuatu trip sama ada jauh, dekat atau belakang rumah mereka sahaja. sebagai seorang manusia ni mesti dia terasa teruja sebab ada rakan-rakan yang ajak pergi hiking yang menjanjikan pemandangannya yang cantik diatas sana. Mula-mula diajak semestinya solan-soalan ini keluar dahulu sebelum rajin bertanya cik google. Tidak mengapa lumrah manusia kita layankan sahaja.
Perancangan asalnya untuk ke G. Pulai ni hanya 3-6 orang sahaja, bila last minit jadi 4 kereta pula dan ada juga gadis-gadis yang ikut sekali. Sudah semestinya akan mengganggu kelancaran perjalanan sekiranya terdapat rakan-rakan yang kurang cergas disebabkan kurangnya melakukan aktiviti kecergasan. Perkara sebegini sememangnya akan berlaku cuma sebagai ketua ekspedisi dan sweeper perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara ini. Jadi nak dijadikan cerita ada 2 orang dalam trip ni pewai tak sampai ke puncak. First time trip ada ahli yang tak sampai puncak, adeh.. tapi tidak mengapa sebagai pengalaman dan pengajaran di masa akan datang supaya lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan sama ada yang kecil ataupun besar.
Perjalanan ke Gunung Pulai perlu ke Jalan menuju Pekan Baling. Sebelum sampai ke pekan Baling anda akan melewati satu kawasan iaitu Pulai. Jadi untuk ke G. Pulai anda hanya perlu ke kawasan yang bernama Pulai. Kawasan ini terletak lebih kurang 9 km ke Pekan Baling. Di Pekan Pulai anda akan menjumpai Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling, Pekan Baling dan SMKA Baling tak silap. Landmarknya senang sahaja selepas KRM Baling gerak 1 km kehadapan akan jumpa S. K. Pulai sebelah kiri. betul-betul Ditepi sekolah tersebut ada satu lorong kecil then masuk lorong kiri tu. Lorong sempit kerana rumah-rumah yang berhampiran lorong tersebut.
![]() |
|
|
Selepas memasuki lorong tersebut anda hanya perlu terus sahaja sehingga berjumpa simpang terakhir sebelah kanan then masuk simpang tersebut. Selepas memasuki simpang kanan, anda akan berjumpa jalan berselekoh then ambil kiri dan terus sahaja sampai jumpa kawasan sungai. dah sampai sini anda perlu park kereta disitu (kawasan lapang) pastikan tidak mengganggu lalulintas di kawasan tersebut. park secara berhemah ye rakan-rakan. Untuk memasuki ke starting point anda perlu melintasi jambatan gantung yang menyeberangi sungai tersebut. Kemudian selepas melintasi jambatan tersebut anda akan terjumpa pagar beduri @ kawad duri betul-betul dihadapan anda. Follow je laluan itu sampai ke tempat seperti gua disebelah kiri. Anda hanya perlu ke kanan pintu gua itu untuk memulakan pendakian. Trek clear alhamdulillah, cumanya untuk lebih selamat bawalah orang tempatan ataupun orang yang pernah hiking ke sini. sebelum naik, jagalah adab-adab sebagai seorang manusia, ingatlah di dunia ini bukan kita sahaja yang menghuni di muka bumi terdapat juga makhluk lain yang hidup diatas dunia ni.
durasi naik : 3jam non stop
durasi turun : 3jam berhenti-henti
![]() |
| view diatas puncak |
![]() |
| ahli komrad yang sampai puncak |
Tips :
1. bawa air secukupnya kerana kawasan gunung yang berbatu.
2. bawa glove untuk memegang batu-batu yang tajam
3. kawasan puncak yang kecil boleh menampung 20-30 orang dalam satu-satu masa
4. tidak banyak pokok diatas puncak berbeza dengan G. Baling
5. sesuai untuk melihat matahari terbit dan terbenam.
6. trek 70% yang pacak dan berbatu
7. kawasan landai 30% dan 20% bertanah
8. Musim panas trek berdebu, berhati-hati kepada yang alah debu
9. starting tracking anda akan disajikan trek yang mencacak yang memerlukan memanjat menggunakan tali dan kekuatan tangan serta mental yang padu
10. trek yang lebih mencabar daripada G. Baling






No comments:
Post a Comment