Perkongsian pengetahuan, pengalaman, pemerhatian, penyelidikan, dan hasil daripada pandangan mata sendiri.
Tuesday, June 21, 2016
Perkara yang perlu dielakkan sebagai Juru gambar
#3 Perkara dibawah ini
Perkara 1: MEMBAZIRKAN masa berangan memiliki gajet terbaru
Ramai kawan-kawan kita yang terlalu lebih berangan
dari berimpian. Apa perbezaan antara orang yang berangan &
berimpian? Bila seseorang itu berimpian, mereka akan melakukan apa
sahaja untuk mencapat impian, dengan kata lain buat tindakan atau usaha
yang membawa kepada impian tersebut.
Tidak salah untuk anda upgrade, tetapi jangan
upgrade gear dulu berbanding ILMU. Ibarat kaki pancing, jika diberi
joran baru sahaja mungkin boleh memancing, tapi jika diberi ILMU &
PETUA memancing, dengan joran yang ada pun pasti boleh memancing banyak
ikan. Situasi yang sama kepada jurugambar.
Perkara 2: Rigit dengan 1 teknik sahaja
Dalam berhadapan dengan cabaran market hari ini,
kita perlu sentiasa perbaiki teknik yang kita gunakan. Bukan rigit pada 1
teknik sahaja. Ya memang bukan semua teknik kita boleh gunakan, tetapi
kita boleh perbaiki teknik yang asas serta mantapkan sana dan sini.
Dengan mengoptimakan apa yang kita boleh lakukan,
anda akan dapat tingkatkan kualiti tapi dalam masa yang sama kos anda
tidak meningkat. Dalam memahami teknik fotografi ini ada 2 jalan, (1)
buat experiment, (2) belajar dari mentor. TAPI bagi saya yang paling
berkesan dan terbukti berjaya ialah belajar dari mentor. Mentor tidak
mestinya seseorang yang kita jumpa, saya sendiri ada belajar dari
buku-buku atau eBook orang lain untuk menambah ilmu.
Perkara 3: TERJUN dalam semua bidang
Apa yang paling penting ialah FOKUS, jika anda
tidak fokus anda tidak dapat memantapkan kemahiran anda dalam bidang
tersebut. Saya fokus kepada portrait atau wedding. Namun tidak bermakna
saya tidak tahu yang lain, cuma saya belajar untuk sambilan sebagai
mencari titik-titik kesamaan setiap bidang ini dalam aspek kawalan
kamera DSLR.
Jadi anda perlu fokus, mulakan dengan bidang yang paling anda minat.
credit to : Zulhilmi Harman
credit to : Zulhilmi Harman
Sunday, June 19, 2016
Hadyai Edisi Ramadhan 1437h
Hadyai Trip 2h1m Ramadhan 1437h
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatNya serta nikmat yang diberi kepada diri ini sebagai hamba yang menurut perintah dan meninggalkan segala yang dilarangNya dapat bertemu pada ramadan kali ini tahun 1437h.
Pada kali ini aq merancang untuk merasai berpuasa di negara jiran iaitu Thailand dan telah terlaksana. Walaupun hanya semalam di negara jiran dapatlah merasai serba sedikit puasa disana. Suasana di Thailand iaitu di Hadyai tidaklah sama dengan di Malaysia. Sekiranya kita melihat kaum wanita memakai tudung persis wanita Islam TERDAPAT SEGELINTIR yang tidak mengamalkan cara hidup Islam kerana ada juga yang tidak berpuasa. (Ini berdasarkan pengalaman berbual dengan penduduk tempatan). Oleh yang demikian, berhati-hatilah dengan penjual makanan sama ada di negara sendiri atau di luar negara.
Trip santai bulan Ramadhan aq dan 2 orang sahabat melangkah kaki ke negara jiran untuk merasai berpuasa di Hadyai. Kami hanya 1 malam sahaja di sana kerana pada hari isnin kami ada kuliah maka, tidak boleh nak lanjutkan langkah kami. (sabtu malam ahad) 2h1m.
Kami di Hadyai tidak berjalan banyak tempat atas faktor puasa dan lambat tiba di hadyai atas kesilapan melihat jadual keretapi (Ambil perhatian pada aspek Tarikh/Masa walau kemana saja kita berada).
Tempat yang kami pergi pada kali ini ; Klonghae (paasar terapung), Asean Night Market, Lee Garden, Centara, Jalan2 area Lee Garden.
Total Hangus : Transport : PB - Hadyai : 80baht
Hadyai - PB : 80baht
Guesthouse : 360/3 pax : 1pax 120bht
Tuk2 to Klonghae dan Asean night market : 200baht
Makan : 200baht : Klonghae/area lee garden ad makanan halal tinggal pilih je nak makan apa.
(Gerai Tepi Jalan) pergi pukul 12 malam pun masih ada lagi.
*PadThai, Nasi Goreng, Seafood, Sup, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Buah-buahan, Pancake dan bermacam lagi
#Sekiranya anda tidak sempat menukar duit Siam terdapat seorang makcik yang berada di stesen keretapi padang besar yang boleh anda menukar duit RM ke Baht. Mak cik ini membuat Khidmat Pengurup Wang (Money Changer)
*Semoga Ramadhan yang sedang ditempuhi pada tahun ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan amalan sebagai orang yang beragama Islam.

![]() |
| Semua maklumat Hostel tertera didalam gambar Terletak bersebelahan Aloha Hotel (Hostel Cathay terletak dibelakangnya) |
Kami di Hadyai tidak berjalan banyak tempat atas faktor puasa dan lambat tiba di hadyai atas kesilapan melihat jadual keretapi (Ambil perhatian pada aspek Tarikh/Masa walau kemana saja kita berada).
Tempat yang kami pergi pada kali ini ; Klonghae (paasar terapung), Asean Night Market, Lee Garden, Centara, Jalan2 area Lee Garden.
Total Hangus : Transport : PB - Hadyai : 80baht
Hadyai - PB : 80baht
Guesthouse : 360/3 pax : 1pax 120bht
Tuk2 to Klonghae dan Asean night market : 200baht
Makan : 200baht : Klonghae/area lee garden ad makanan halal tinggal pilih je nak makan apa.
(Gerai Tepi Jalan) pergi pukul 12 malam pun masih ada lagi.
*PadThai, Nasi Goreng, Seafood, Sup, Pulut Ayam, Pulut Mangga, Buah-buahan, Pancake dan bermacam lagi
#Sekiranya anda tidak sempat menukar duit Siam terdapat seorang makcik yang berada di stesen keretapi padang besar yang boleh anda menukar duit RM ke Baht. Mak cik ini membuat Khidmat Pengurup Wang (Money Changer)
*Semoga Ramadhan yang sedang ditempuhi pada tahun ini dapat meningkatkan lagi kesedaran dan amalan sebagai orang yang beragama Islam.
Friday, June 10, 2016
Tips berjimat semasa cuti (backpack)
Bercuti di dalam
negara boleh menyumbang pada percutian yang tidak membebankan. Syaratnya anda
harus bijak memilih dan mencari peluang percutian murah lagi menjimatkan. Backpackmurah.com
ingin berkongsi tip untuk bercuti sambil berjimat.
SATU:
Pilih Masa Seuai
(Gambar 1)
Masa yang sesuai
sangat penting. Selalunya kita akan melancong semasa hujung tahun untuk
habiskan cuti tahunan yang terbengkalai. Tetapi harus diingatkan, hujung tahun
juga adalah musim cuti persekolahan. Bagi yang berkeluarga, bolehlah membawa
anak-anak melancong tapi bagi yang masih bujang dan tidak gemar bersesak-sesak,
pergilah melancong seblum cuti sekolah.
DUA:
Pilih Lokasi Menarik
Lokasi juga patut
dititikberatkan semasa melancong. Satu lokasi pilahan untuk bercuti adalah di
pulau. Pulau bukan saja menenangkan, malah menarik dan tidak terlalu mahal.
Dalam Malaysia terdapat berpuluh-puluh pulau peranginan tersedia untuk anda.
TIGA:
Tetapkan Jumlah Hari
(Gambar 2)
Sebelum bertolak ke
sesuatu destinasi, lebih baik ditetapkan jumlah hari untuk bercuti. Sekiranya
ingin berjimat, jangan habiskan terlalu banyak masa untuk bercuti. Tiga hingga
lima hari sudah mamadai untuk bercuti. Dengan menetapkan jumlah hari, anda
dapat membuat anggran perbelanjaan di sana.
EMPAT:
Bijak Mencari Promosi dan Baucar
Jikan anda rajin,
cari promosi dan baucar percuma di akhbar dan majalah. Ini bukan sahaja
menjimatkan malah memberi anda pelbagai pilihan. Ada sesetengah promosi
memberikan diskaun yang menarik serta menjimatkan. Biar orang kata kedekut,
janji kita boleh berjimat dan bergembira.
LIMA:
Pengangkutan Adalah Keutamaan
(Gambar 3)
Pilih dan buat
keputusan untuk bercuti dengan kereta, bas ataupun kapal terbang. Bagi si
bujang yang gemar dengan cabaran, tentunya backpacking adalah pilihan terbaik.
Menjimatkan dan penuh cabaran.
ENAM:
Hotel Bajet Sentiasa Menjimatkan
Boleh dikatakan hotel
bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jadi anda tidak perlu risau
mengenai penginapan. Kalau di hotel mewah mungkin anda dikenakan ratusan
ringgit untuk satu malam. Tapi di bajet hotel, walaupun tidak semewah hotel
lima bintang tetapi menjimatkan dan yang paling penting selesa juga.
#ini hanya sebagai panduan sahaja, sekiranya ada perkara yang bertentangan dengan diri sendiri abaikan sahaja.
#lain orang lain ragamnya, rambut sama hitam hati manusia siapa yang tahu hanya yang Esa sahaja mengetahui.
#lain orang lain ragamnya, rambut sama hitam hati manusia siapa yang tahu hanya yang Esa sahaja mengetahui.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)
PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...
-
PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...
-
TAJUK KAJIAN KES: Keluarga Bahagia . CONTOH PELAKSANAAN KAJIAN K...