Friday, June 10, 2016

Tips berjimat semasa cuti (backpack)



Bercuti di dalam negara boleh menyumbang pada percutian yang tidak membebankan. Syaratnya anda harus bijak memilih dan mencari peluang percutian murah lagi menjimatkan. Backpackmurah.com ingin berkongsi tip untuk bercuti sambil berjimat.

SATU: Pilih Masa Seuai

(Gambar 1)

Masa yang sesuai sangat penting. Selalunya kita akan melancong semasa hujung tahun untuk habiskan cuti tahunan yang terbengkalai. Tetapi harus diingatkan, hujung tahun juga adalah musim cuti persekolahan. Bagi yang berkeluarga, bolehlah membawa anak-anak melancong tapi bagi yang masih bujang dan tidak gemar bersesak-sesak, pergilah melancong seblum cuti sekolah.

DUA: Pilih Lokasi Menarik

Lokasi juga patut dititikberatkan semasa melancong. Satu lokasi pilahan untuk bercuti adalah di pulau. Pulau bukan saja menenangkan, malah menarik dan tidak terlalu mahal. Dalam Malaysia terdapat berpuluh-puluh pulau peranginan tersedia untuk anda.

TIGA: Tetapkan Jumlah Hari

(Gambar 2)

Sebelum bertolak ke sesuatu destinasi, lebih baik ditetapkan jumlah hari untuk bercuti. Sekiranya ingin berjimat, jangan habiskan terlalu banyak masa untuk bercuti. Tiga hingga lima hari sudah mamadai untuk bercuti. Dengan menetapkan jumlah hari, anda dapat membuat anggran perbelanjaan di sana.

EMPAT: Bijak Mencari Promosi dan Baucar

Jikan anda rajin, cari promosi dan baucar percuma di akhbar dan majalah. Ini bukan sahaja menjimatkan malah memberi anda pelbagai pilihan. Ada sesetengah promosi memberikan diskaun yang menarik serta menjimatkan. Biar orang kata kedekut, janji kita boleh berjimat dan bergembira.

LIMA: Pengangkutan Adalah Keutamaan

(Gambar 3)

Pilih dan buat keputusan untuk bercuti dengan kereta, bas ataupun kapal terbang. Bagi si bujang yang gemar dengan cabaran, tentunya backpacking adalah pilihan terbaik. Menjimatkan dan penuh cabaran.

ENAM: Hotel Bajet Sentiasa Menjimatkan

Boleh dikatakan hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jadi anda tidak perlu risau mengenai penginapan. Kalau di hotel mewah mungkin anda dikenakan ratusan ringgit untuk satu malam. Tapi di bajet hotel, walaupun tidak semewah hotel lima bintang tetapi menjimatkan dan yang paling penting selesa juga.


#ini hanya sebagai panduan sahaja, sekiranya ada perkara yang bertentangan dengan diri sendiri abaikan sahaja.
#lain orang lain ragamnya, rambut sama hitam hati manusia siapa yang tahu hanya yang Esa sahaja mengetahui.

No comments:

Post a Comment

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...