#3 Perkara dibawah ini
Perkara 1: MEMBAZIRKAN masa berangan memiliki gajet terbaru
Ramai kawan-kawan kita yang terlalu lebih berangan
dari berimpian. Apa perbezaan antara orang yang berangan &
berimpian? Bila seseorang itu berimpian, mereka akan melakukan apa
sahaja untuk mencapat impian, dengan kata lain buat tindakan atau usaha
yang membawa kepada impian tersebut.
Tidak salah untuk anda upgrade, tetapi jangan
upgrade gear dulu berbanding ILMU. Ibarat kaki pancing, jika diberi
joran baru sahaja mungkin boleh memancing, tapi jika diberi ILMU &
PETUA memancing, dengan joran yang ada pun pasti boleh memancing banyak
ikan. Situasi yang sama kepada jurugambar.
Perkara 2: Rigit dengan 1 teknik sahaja
Dalam berhadapan dengan cabaran market hari ini,
kita perlu sentiasa perbaiki teknik yang kita gunakan. Bukan rigit pada 1
teknik sahaja. Ya memang bukan semua teknik kita boleh gunakan, tetapi
kita boleh perbaiki teknik yang asas serta mantapkan sana dan sini.
Dengan mengoptimakan apa yang kita boleh lakukan,
anda akan dapat tingkatkan kualiti tapi dalam masa yang sama kos anda
tidak meningkat. Dalam memahami teknik fotografi ini ada 2 jalan, (1)
buat experiment, (2) belajar dari mentor. TAPI bagi saya yang paling
berkesan dan terbukti berjaya ialah belajar dari mentor. Mentor tidak
mestinya seseorang yang kita jumpa, saya sendiri ada belajar dari
buku-buku atau eBook orang lain untuk menambah ilmu.
Perkara 3: TERJUN dalam semua bidang
Apa yang paling penting ialah FOKUS, jika anda
tidak fokus anda tidak dapat memantapkan kemahiran anda dalam bidang
tersebut. Saya fokus kepada portrait atau wedding. Namun tidak bermakna
saya tidak tahu yang lain, cuma saya belajar untuk sambilan sebagai
mencari titik-titik kesamaan setiap bidang ini dalam aspek kawalan
kamera DSLR.
Jadi anda perlu fokus, mulakan dengan bidang yang paling anda minat.
credit to : Zulhilmi Harman
credit to : Zulhilmi Harman
No comments:
Post a Comment