Perkara 1: MEMBAZIRKAN masa berangan memiliki gajet terbaru
Ramai kawan-kawan kita yang terlalu lebih berangan dari berimpian. Apa perbezaan antara orang yang berangan & berimpian? Bila seseorang itu berimpian, mereka akan melakukan apa sahaja untuk mencapat impian, dengan kata lain buat tindakan atau usaha yang membawa kepada impian tersebut.
Tidak salah untuk anda upgrade, tetapi jangan upgrade gear dulu berbanding ILMU. Ibarat kaki pancing, jika diberi joran baru sahaja mungkin boleh memancing, tapi jika diberi ILMU & PETUA memancing, dengan joran yang ada pun pasti boleh memancing banyak ikan. Situasi yang sama kepada jurugambar.
Perkara 2: Rigit dengan 1 teknik sahaja
Dalam berhadapan dengan cabaran market hari ini, kita perlu sentiasa perbaiki teknik yang kita gunakan. Bukan rigit pada 1 teknik sahaja. Ya memang bukan semua teknik kita boleh gunakan, tetapi kita boleh perbaiki teknik yang asas serta mantapkan sana dan sini.
Dengan mengoptimakan apa yang kita boleh lakukan, anda akan dapat tingkatkan kualiti tapi dalam masa yang sama kos anda tidak meningkat. Dalam memahami teknik fotografi ini ada 2 jalan, (1) buat experiment, (2) belajar dari mentor. TAPI bagi saya yang paling berkesan dan terbukti berjaya ialah belajar dari mentor. Mentor tidak mestinya seseorang yang kita jumpa, saya sendiri ada belajar dari buku-buku atau eBook orang lain untuk menambah ilmu.
Perkara 3: TERJUN dalam semua bidang
Apa yang paling penting ialah FOKUS, jika anda tidak fokus anda tidak dapat memantapkan kemahiran anda dalam bidang tersebut. Saya fokus kepada portrait atau wedding. Namun tidak bermakna saya tidak tahu yang lain, cuma saya belajar untuk sambilan sebagai mencari titik-titik kesamaan setiap bidang ini dalam aspek kawalan kamera DSLR.
Jadi anda perlu fokus, mulakan dengan bidang yang paling anda minat.
cc : Zulhilmi Harman
No comments:
Post a Comment