Friday, October 16, 2015

contoh kertas kerja lawatan









KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


TEMPAT:
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC),
41, JALAN TUN ISMAIL 50480, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

TARIKH:
22 APRIL 2011 - 24 APRIL 2011

ANJURAN:
BADAN KEBAJIKAN SURAU AL-GHAZALI

DENGAN KERJASAMA:
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM)
&
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR





1.0     TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan sumbangan kewangan daripada pihak pengurusan Institut dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun.

2.0    PENGENALAN
Kecemerlangan akademik, keperibadian terpuji dan akhlak seimbang telah sinonim dengan matlamat, visi dan misi mutu pendidikan di Malaysia. Malah impian untuk merealisasikan produk pelajar yang berdaya maju serta matang, merupakan objektif yang sering diimpikan oleh kerajaan Malaysia.
Berpandukan hasrat untuk menjana pelajar dengan minda kelas pertama, kami (Badan Kebajikan Surau Al-Ghazali) telah merancang untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke sebuah pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bagi membuka minda anak-anak JAPIM khasnya, meneroka ilmu dan memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar perlu dilakukan. Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’ Di sini dapat kita simpulkan bahawa Erasmus lebih mengutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, bertepatan dengan lawatan yang akan diadakan ini, kami ingin menggalakkan pelajar-pelajar memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan di sana. Daripada wang yang ada dihabiskan untuk membeli-belah di pusat membeli-belah, lebih baik wang itu digunakan untuk membeli buku yang bermanfaat.
Melalui program lawatan seperti ini, para pelajar akan didedahkan tentang kepentingan ilmu dan disemai semangat cintakan kejayaan dunia dan akhirat. Iltizam kami adalah berusaha menyalurkan sepenuh komitmen dalam mengubah perspektif pelajar-pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah melalui usaha membawa mereka ke sebuah pesta buku secara besar-besaran yang dipenuhi dengan buku dari tingkat bawah hingga ke tingkat atas. Kita ingin menghapuskan tanggapan pelajar yang menganggap bahawa tempat yang dipenuhi dengan atau lebih mudah dikatakan perpustakaan adalah tempat yang membosankan.
Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu dari semua pihak. Kami juga mengharapkan keberkatan dari Illahi dan berbekalkan semangat perjuangan harmoni, Insya-Allah kejayaan dan impian dapat dinikmati bersama.

3.0   OBJEKTIF
o  Memupuk rasa cinta akan ilmu pengetahuan.
o  Menggalakkan pelajar memperuntukkan wang untuk membeli buku-buku yang bermanfaat melebihi barang-barang sampingan yang lain.
o  Mendorong pelajar membaca buku.
o  Memperoleh peluang untuk membeli buku-buku dengan potongan harga yang lebih murah.
o  Memberi pendedahan kepada pelajar tentang pelbagai penerbitan buku.
o  Memberi kemudahan kepada pelajar untuk mencari buku-buku yang sukar didapati di kedai-kedai buku seperti bahan bacaan Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Jepun, German dan sebagaimananya.
o  Memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk bertemu dengan penulis-penulis novel dan buku secara ‘live’.
o  Memberi pendedahan tentang cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Inggeris dengan baik.
o  Sebagai salah satu wadah pendorong ke arah kejayaan dalam pelajaran.

4.0   JUSTIFIKASI
Program ini berbentuk lawatan akademik yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Surau. Program ini akan membawa peserta-peserta melawat Pusat Dagangan Dunia Putra yang terletak di Kuala Lumpur untuk memberi pelbagai kemudahan kepada pelajar melihat dan membeli buku-buku yang bermanfaat dengan mudah dan murah sekali gus dapat membina keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan Inggeris dengan jurujual buku-buku tersebut.

5.0   TARIKH,  MASA & TEMPAT PROGRAM 
        Tarikh                             :
         22 APRIL 2011 - 24 APRIL 2011
         Tempat Program          :
         PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC),
        41, JALAN TUN ISMAIL 50480, KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

6.0     PERASMI PROGRAM & GURU PENGIRING
          Pegawai Pengiring    : Ustaz Harun Bin Haya
                                      Pensyarah Penasihat Badan Kebajikan Surau.

7.0     PESERTA
40 Pelatih dari jurusan Agama

8.0    TENTATIF PROGRAM
          Lampiran A

9.0    CARTA ORGANISASI
          Lampiran B

10.0   ANGGARAN BELANJAWAN
          Lampiran C

11.0   SENARAI NAMA PESERTA
          Lampiran D
12.0   RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC),
41, JALAN TUN ISMAIL 50480, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

INSTITUT                                 
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN,
BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG
TAJUK PROGRAM
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
JENIS PROJEK
LAWATAN AKADEMIK
MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM
·   Mendedahkan para pelatih dengan dunia sebenar.
·   Mewujudkan jalinan hubungan yang erat antara institut dengan institusi lain.
·   Memberi pendedahan kepada semua peserta tentang pentingnya ilmu pengetahuan.
ANJURAN
BADAN KEBAJIKAN SURAU
TARIKH
22 APRIL 2011 - 24 APRIL 2011
TEMPAT
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC)
BIL. PESERTA
40 PELATIH DARI JURUSAN AGAMA
ANGGARAN KOS
RM 515.00






13.0   PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima kasih.



























LAMPIRAN A
TENTATIF PROGRAM LAWATAN
22/4/2011 (JUMAAT)
MASA
AKTIVITI
10:00 am
Bertolak dari IPG Kampus Tuanku Bainun
05:00 pm
Tiba di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

21/3/2009 (AHAD)
MASA
AKTIVITI
09:30 am
Bertolak ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
10:30 am
Lawatan bermula. Pelajar-pelajar melawat ke seluruh kawasan ’booth’.
02:00 pm
Lawatan berakhir. Sesi bergambar dan cenderamata.
03:00 pm
Melawat sekitar Kuala Lumpur
09:00 pm
Bertolak pulang ke tempat penginapan- IPG Kampus Bahasa, Antarabangsa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

22/3/2010 (ISNIN)
MASA
AKTIVITI
09:00 am
Bertolak pulang ke IPG Kampus Tuanku Bainun
04:00 pm
Tiba Institut







LAMPIRAN B
 CARTA ORGANISASI
PROGRAM LAWATAN AKADEMIK

Penaung
Tn Hj Ahmad Albab Bin Tn Jusoh
Pengarah
IPG Kampus Tuanku Bainun

Penasihat
En Harun bin Haya
Penasihat
Badan Kebajikan Surau

Pegawai Pengiring             : En. Zambri bin Ahmad      
                                                  Pensyarah JAPIM
Pengarah Program              : Muhammad Nasrullah bin Mohd Hanafi                                  
Tim. Pengarah Program     : Nor Hasraa Hakimi bin Hassan 
Setiausaha                           : Israa binti Abdol Hamid   
Bendahari                             : Nur Farah Nurazlin Binti Abdullah                   
AJK Promosi & Publisiti      : Ammar bin Hasnul Zamzam                  
AJK Pengangkutan            : Nur Amirah binti Sapiee               
AJK Jurukamera/Media      : Khairul Hakimin bin Jaafar








LAMPIRAN C
 ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN:
i) Peruntukan JHEPA                     RM      100.00
   Jumlah Pendapatan                    RM      100.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:
JADUAL 1:
PERKARA
BILANGAN
Harga per unit
JUMLAH
PENGANGKUTAN
1 BAS X 1
Disediakan oleh HEP
RM 0.00
CENDERAMATA
RM100 X 1
RM 100.00
RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 100.00

JADUAL 2:
PERKARA
BILANGAN
Harga per unit
JUMLAH
PENGINAPAN
RM5.00 X 43
RM 5.00
RM 215.00
KOS TAMBAHAN
RM5.00 X 40
RM 5.00
RM 200.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 415.00







JUMLAH KESELURUHAN (JADUAL 1 + 2)
PERKARA
BILANGAN
Harga per unit
JUMLAH
JADUAL 1
-
RM 100.00
RM100.00
JADUAL 2
-
RM 415.00
RM 415.00
JUMLAH KESELURUHAN
RM 515.00
























LAMPIRAN D
SENARAI NAMA PESERTA

1.   Abd Muhaimin b Zulkefli
2.   Al Hafiz b Sapuan
3.   Ameerul Aswad b Abd Aziz
4.   Mohamad Azhan b Desa
5.   Muhammad Muhaimin b Md Zaki
6.   Mohd Syahrul Zaim b Zahari
7.   Mohd Hanif b Zainaldin
8. Mohd Safuan b Abu Bakar Samad
9.   Mohd Yasser b Jamaluddin
10. Muhamad b Che Ros
11. Muhamad Irzham b Zakaria
12. Muhammad Adhaa b Lamry
13. Muhammad Faris b Khairuddin
14. Huzaini b Amir
15. Md Azri b Sidik
16. Mohamad Fareez b Hj Mazlan
17. Mohamad Zulhelmi b Mat Rahim
18. Muhamad Raimi b Yusuf
19. Muhammad Aminnillah b Mustapha
20. Muhammad Kamarul Ariffin b Lokman
21. Aimi Hazwani bt Abdul Halim
22. Munira bt Ismail
23. Norhazana bt Yusoff
24. Nur Afiqah bt Mahat
25. Nur Azira bt Azuani
26. Nurulain bt Hj Joher
27. Siti Nasuha bt Che Shukor
28. Arina bt Abdul Ghani
29. Fatin Adila bt Jamil
30. Hasnur Farisha bt Hassan
31. Mumtazah bt Johar
32. Noor Hafizah bt. Ali
33. Nor Izzati bt Rohaimi
34. Nor Rohaizah bt Ahmad
35. Nur Hayati bt Mahdzir
36. NurZehan bt Zakaria
37. Suhainita bt Md Zain
38. Syaza Yasmin bt Ismail
39. Siti Rahmah bt Yob
40. Mohd Zaini bin Othman














Disediakan oleh :
Timbalan Pengarah Program,
Lawatan Sambil Belajar,
Badan Kebajikan Surau
IPG Kampus Tuaku Bainun.

(NOR HASRAA HAKIMI BIN HASSAN)
Disokong oleh :
Pengarah Program,
Lawatan Sambil Belajar,
Badan Kebajikan Surau.

(MUHAMMAD NASRULLAH BIN MOHD HANAFI)
Disemak oleh :
Penasihat
Badan Kebajikan Surau.

(EN. HARUN BIN HAYA)
Permohonan diluluskan oleh :
Pengarah IPGM kampus Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang .

(TN HJ AHMAD ALBAB BIN TN JUSOH)




No comments:

Post a Comment

Prosedur Perkhemahan (Kertas cadangan & langkah)

PROSEDUR TETAP PERKHEMAHAN A. Definisi Perkhemahan Berkhemah adalah  penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, ...