Program
Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan
menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama
sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan
diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti
yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Rukun
Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi
asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah
negara bangsa.
Apa
yang boleh saya simpulkan selama program bina insan guru ini berlangsung dari
semester satu sehingga semester enam ialah satu fasa dimana guru pelatih diajar
bagaimana untuk menguruskan sesuatu program dan bengkel untuk memenuhi syarat
sebagai guru pelatih sepenuh masa program ijazah sarjana muda perguruan.
Sebelum program terlaksana pengurusan adalah perkara yang penting sekali kerana
tanpa pengurusan sesuatu program tidak dapat dijalankan walhal akan
mengakibatkan program tersebut terus terkubur akibat ketidakcekapan pengurusan
itu sendiri. Institusi pelaksana mestilah berganding bahu untuk memastikan
program yang telah dirancang dapat dilaksana dengan sebaiknya dan diberi
kepercayaan oleh rakan-rakan untuk menguruskan program tersebut. Justeru, bina
insan guru merupakan satu platform kepada guru pelatih untuk belajar dan
mempelajari sesuatu yang baru sebagai bekalan apabila berada di pentas sebenar
sebagai seorang guru di sekolah kelak.
Seterusnya,
bina insan guru juga merupakan satu wadah untuk guru pelatih belajar
berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya seperti pengarah ketua
jabatan dan unit kewangan. Keadaan ini sememangnya perlu dipelajari kerana di
sekolah nanti kita memerlukan untuk berinteraksi dengan orang yang lebih hebat
daripada kita seperti adun, menteri dan pengarah pendidikan. Di samping itu,
sekiranya kita memerlukan dana, semestinya kita akan berinteraksi dengan
orang-orang sebegini yang menyebabkan kita memerlukan bahasa dan lenggok yang
betul untuk meminta sedikit sumbangan daripada orang sebegini. Tidak salah
untuk meminta bantuan dana daripada orang sebegini kerana program yang
dilaksanakan sememangnya bermanfaat kepada orang sekeliling seperti program
gotong-royong yang pernah dilakukan semasa program bina insan guru ini
dijalankan.
Selain
itu, program bina insan guru banyak mengajar dan memberi pendedahan yang banyak
kepada guru pelatih ketika berhadapan dengan masyarakat luar. Keadaan ini
merupakan satu titik tambah kepada guru pelatih kerana mereka menadapat satu
kelebihan dimana mempunyai pengetahuan bagaimana untuk berinteraksi dengan
masyarakat luar amnya sebagai penyokong kepada sekolah di sesuatu tempat
tersebut. Institusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sememangnya memainkan peranan
yang penting kerana merekalah yang membolehkan segala aktiviti yang dirancang
oleh sekolah berjalan dengan lancar. Sekiranya anak-anak mereka tidak
dibenarkan untuk menyertai aktiviti sekolah maka pincanglah sekolah tersebut
jika anaknya mempunyai bakat yang besar dalam sukan contohnya, serta dapat
menenggelamkan bakat murid tersebut. Maka, hubungan pihak sekolah dengan masyarakat
perlulah baik dari segala aspek supaya mudah untuk pihak sekolah merencanakan
sesuatu untuk untuk anak-anak mereka.
Bina
insan guru juga membentuk satu jasmani yangg kuat kepada guru pelatih iaitu
menerusi perkhemahan yang pernah dijalankan selama empat hari. Walaupun
terdapat pelbagai ragam dan rencam, itu semua merupakan satu proses yang perlu
dilalui oleh seorang yang bergelar guru pelatih. Tidak dinafikan bahawa
terdapat guru-guru pelatih yang tidak minat kepada aktiviti luar ini tetapi
mereka perlulah bersikap positif kerana sebagai seorang guru mereka perlu ada
pelbagai kemahiran supaya diri dapat menyesuaikan dengan pelbagai keadaan
apabila bergelar seorang guru. Kemahiran dan kebolehan seseorang sememangnya
berbeza-beza tetapi perkara ini bukan satu penghalang kepada mereka untuk tidak
melakukan aktiviti yang mereka tidak suka kerana apa yang mereka lalui di IPG
ini akan dirasai semasa berada di sekolah nanti.
Akhirnya, program bina insan guru
banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang berguna dari peringkat
pengurusan sehinggalah peringkat pelaksana seterusnya kepada orang bawahan.
No comments:
Post a Comment